Peluru yang jitu.

Pada tahun 1883 di sebuah pekan bernama Honey Grove di Texas USA, ada seorang lelaki bernama Henry Ziegland. Kisah bermula apabila Henry memutuskan pertunangannya dengan Maysie Tichnor dan Maysie sangat bersedih dan kecewa lalu membunuh diri.

Abang Maysie sangat sedih atas kematian adiknya. Dengan perasaan marah dan geram, dia pun segera mencari Henry dan menembak Henry untuk membalas dendam. Puas melihat Henry rebah, abang Maysie bertindak menembak diri sendiri. Malangnya, Henry tidak mati. Peluru tersebut menggores Henry sedikit sebelum tersasar mengenai pokok di belakangnya.

Selepas 20 tahun kejadian tersebut berlaku, Henry dan anak lelakinya ingin memotong kayu api di ladang miliknya dan memutuskan untuk menebang pokok tersebut. Tetapi pokok itu terlalu keras jadi mereka bercadang untuk meletupkan pokok tersebut. Mereka meletakkan bahan-bahan letupan di bahagian lubang pokok yang telah ditebuk dan bersegera menyorok di belakang semak samun 50 kaki jauh dari pokok itu tadi.

Penantian 20 tahun berakhir, apabila pokok tersebut meletup, melepaskan peluru yang ada padanya dan malang tidak berbau, peluru itu terkena Henry di kepalanya sebelah kiri. Henry mati di tempat kejadian.

Gambar menunjukkan peluru yang ditembak oleh abang Maysie tersasar terkena pokok di ladang milik Henry.
contoh peluru yang digunakan.

Kesimpulan, setiap perbuatan pasti ada pembalasan sama ada cepat mahu pun lambat.




Rujukan : Henry Ziegland

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: